Wednesday 28 September 2011

DNA Music Carbon Cajon Show with MUZIK-MUZIK 2011

Sejak dilancarkan di pasaran tempatan, Cajon buatan DNA telah mendapat tempat di hati pemuzik-pemuzik tanahair apabila secara tidak langsung ianya menyertai lintas langsung MUZIK-MUZIK 2011 mengiringi penyanyi baru, Amir Jahari. http://www.youtube.com/watch?v=Uy7OdjV0Zqo&feature=share&noredirect=1

Di bawah adalah serba sedikit gambar semasa rakaman tersebut dijalankan di Damansara



Kami juga berusaha untuk mendapatkan maklum balas dari pengguna-pengguna Cajon yang kami hasilkan dan semuanya besifat POSITIVE. Terima Kasih diucapkan kepada pengguna yang telah mencuba Cajon yang kami hasilkan.

Monday 19 September 2011

Alat Muzik "CAJON" keluaran syarikat Malaysia



DNA Music, gabungan nama dan secara simboliknya  Asid Deoksiribonukleik merupakan sebatian kimia yang kompleks iaitu karbon, hidrogen, oksigen dan fosforus yang ditemui di dalam nucleus setiap sel yang membawa maklumat yang diperlukan untuk perkembangan seseorang individu. Dengan kata lain DNA bermaksud proses mengenal pasti profil atau identity seseorang berdasarkan kaedah saintifik selain daripada perkataan MUSIC merupakan lambang kepada perniagaan koprat yang kami jalankan. 



Kami merupakan pengeluar alatan muzik yg diperbuat daripada kayu iaitu CAJON atau sebutan dalam bahasa melayunya adalah "KAHUN" yang berasal dari negara Peru dan Cuba. Di cipta pada abad ke-16 oleh hamba abdi dan buruh. Mereka mengambil masa rehat ketika berkerja dengan bermain alat ini disammping menyanyi. Ada sumber sahih mengatakan bahawa mereka juga menggunakan rak kasut, almari kecil dan pelbagai lagi kotak yang diperbuat daripada KAYU.


Kami sebagai pembuat Cajon bumiputra, mensasarkan Cajon ini untuk semua peringkat umur dan situasi kerana ianya adalah hasil seni yang amat terbaik dan boleh diterima pakai dalam pelbagai situasi contohnya menjadi alatan hiasan rumah, meja kopi dan kerusi meja makan selain ianya berfungsi sebagai alat muzik. Disamping itu juga, kami menerapkan  tema nilai-nilai etnik kaum & bangsa pada setiap cajon yang dikeluarkan. Kami juga amat mementingkan tentang kualiti bunyi, bentuk, dan juga design.



Kami DNA Music amat bersyukur kerana peluang anda untuk mencuba hasil seni ini masih belum terlambat kerana harga jualan kami amatlah kompetetif berbanding harga import kerana kayu yang kami digunakan adalah kayu dari tanah malaysia.





Akhir sekali, kami amat mengalu-alukan jika anda berminat untuk menjadi rakan perniagaan kami. Sila hubungi FIKRI di talian 017-2373797 untuk keterangan lanjut.

SOKONGLAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA! MALAYSIA BOLEH!!